Mar 25, 2012

Morning Banana Diet



Diet Pisang adalah satu diet yang amat popular di Jepun sekitar tahun 2008, pernah juga berlaku kehabisan bekalan pisang di Jepun pada ketika itu. hahaha...
Berikut adalah peraturan diet pisang :- 
 1.
Anda bersarapan pagi dgn 1 atau 2 biji pisang, pencipta Banana Diet ini sering memakan empat (smallish Filipina~pisang emas) pisang pada waktu pagi, tetapi jgn paksa diri untuk makan byk yeee.
 2.
Makan pisang yang mentah sj..bukan yg sudah dimasak~rebus/goreng atau beku.
 3.
Boleh digantikan dgn buah-buahan lain tetapi hanya 1 jenis buah shj dibenarkan bg setiap hidangan.
 4.
Jika anda masih lapar  dalam 15 atau 30 minit selepas makan pisang, anda boleh makan makanan lain (pencipta Diet Jepun Pisang kadang-kadang makan 2 nasik kepul setengah jam kemudian, kira-kira 200 kalori; ahli forum Banana Diet mencadangkan oatmeal, walaupun ia bukan pengganti kepada nasik kepul)
5.
Hanya AIR MASAK bersuhu  bilik sahaja dibenarkan ketika mengikuti Banana Diet ini..huhu ~ mampukah?
6.
Seterusnya  makan tengahari dan malam seperti biasa.
7.
Makan Malam sebelum pukul 8 malam seeloknya pukul 6 petang
8.
Tidur Awal, jangan tidur lewat selepas pukul 12tghmalam

 Cuba catatkan berat anda sebelum mengikuti Banana Diet ini..

untuk tahu lebih lanjut sila ke http://morningbanana.com

TAPI.. ade juga yang mengatakan Banana diet ini tak elok, sila lihat ni http://morningbananadiet.org/
huhuhu...tepuk dada tanya selera!!!

Mini murtabak



Morning frenszzz..!! pagi2 dah makan murtabak..nyum nyum abes 3ketul ku telan sorang2..hehehe
tapi bukan 3 ketul yg besar tu ye..yg mini2 jekk...
ptg smlm dah buat pisang goreng guna kulit popiah..byk lagi lebihan kulit tu.. jd buat lah murtabak ni..jom tgk resipi!!

bahan2 inti :-
daging cincang
kentang dipotong dadu
sedikit bwg putih dan bwg besar dipotong dadu
daun kari ~ xnak pun xpe
2 sb serbuk kari
1 sb cili boh
1 biji telor

cara2 :- ~ inti lebih kurang sama dgn inti karipap
tumis bawang dan daun kari hingga naik bau..
masukkan cili dan serbuk kari
tumis hingga naik bau jgk..
kemudian masukkan daging dan kentang
masukkan sedikit air..masak hingga kentang empuk dan air kering..jgn lupa letak garam/gula dan sedikit kiub ayam ye ~ xnak xpe...
sejukkan inti...
sy buat 3ketul je..ade lg lebihan inti simpan peti ais...

pecahkan sebiji telur, gaulkan inti dengan telur td..~ boleh tambah hirisan daun sup/bawang jika suka

sediakan kulit popiah dan semangkuk air ~ sy guna kulit yg size kecil , celup kejap dlm air td ~ asalkan basah je...

letak kulit atas pinggan leper, letak dalam 1-2 sb inti yang dah digaul dgn telur..taburkan hirisan bawang jika suka..
lipat popiah mcm dlm gambar kat atas tu..boleh gam dgn telur or bancuhan pes tepung + air..
sambil buat tu..panaskan sedikit je minyak ~ mcm nk goreng lempeng..dah siap buat satu..terus masukkan murtabak dlm kuali..
sila buat dgn cepat ye..nt kulit koyak sb inti & kulit basah!!
masak dgn balik-balikan tau..jgn smpai hangit plak..hehehe

mkn cicah sos cili lagi mudah..tp kalau nk pencicah sebijik mcm kat pasar malam/ramadhan boleh la buat yeee..

kuah bawang merah :-
1/2 biji bawang besar
1 sudu kecil sirap ros ~ sy tak letak pun..hehe letak red color je sket
2 sudu besar sos cili ~ sy tak letak
2 sudu besar cuka
1 sudu kecil gula + garam sket

gaulkan semuanya..tambah air masak sket kalau kering sgt...

selamat mencuba!!!!

Mar 24, 2012

pisang goreng thai ~ pisang goreng popiah




 Minum petang dengan pisang goreng thai.. sgt mudah, sedap!! tak payah pening nak bancuh tepung..
kulit popiah yang sgt rangup dan isi yang lembut dan masam manis di dalam.. 
dan yg paling penting bahan2 nya pun mudah!!

bahan2:-
pisang berangan ~ yg betul2 masak yeee
kulit popiah
choc rice/nutella/peanut butter
bancuhan air dan tepung gandum untuk gam
white/dark choc cair/susu pekat manis/sos kastad

cara2:-
sediakan kulit popiah
belah pisang dan letak choc rice/nutella/peanut butter ditengah2 pisang
gulung popiah ketat  ~ jgn sampai terkoyak
gam dgn bancuhan tepung tadi
goreng dgn api yg kecil sehingga kekuningan ~ panaskan minyak dulu yeee..
boleh la dihidangkan dgn white/dark choc cair/susu pekat manis/sos kastad..tabur gula halus je pun bolehhh!! mkn dgn askrim vanilla pun sedap...
juga enak dimakan begitu saja...
ps: kalau lebih suka dengan kulit popiah yg rangup, boleh la kurangkan kuantiti pisang dgn potong pisang lebih nipis..

selamat mencuba!!!

Mar 18, 2012

spaghetti bolognese


lunch spageti plak kali ni.. dimakan dgn chicken finger sedapnya..habis sepinggan!!
bahan2 :-
setengah paket spageti direbus sampai lembut, toskan dan siram air sejuk
bwg putih, bwg besar, 1-2 biji tomato dipotong dadu
serbuk lada hitam/putih
daging kisar dan chicken ball
1/2 botol sos spageti, 2 sb sos tomato dan 2 sb sos cili
1/4 kiub pati ayam
sedikit garam
cara2:-
tumis bawang jgn sampai layu.
masukkan daging, kacau rata
masukkan tomato, semua jenis sos dan serbuk lada, kacau rata
masukkan air dalam 2 cawan, tunggu hingga mendidih
masukkan chicken ball, garam dan kiub ayam..
masak kuah hingga pekat..boleh tambah air jika mahu kuah cair
hidang kan dgn spegeti dan hirisan chicken finger...nyum nyum 
dah habis sepinggan, minum plak tiramisu ice blended!! heaven :)

tiramisu ice blended :-
3 sudu serbuk tiramisu(ade jual kat kedai bakeri or supermaket)
sedikit gula
1 cawan ais dan 1/2 cawan air masak
kisar semua bahan..sedia dihidangkan..sgt segar!!
dapat dlm 1 glass besar..

chicken finger



 morning kawan-kawan.. pagi2 dah mkn chicken finger..hehehe ayam ade jari ke???
sila ikut resipi mcm dlm pic kat atas..hehe tibe2 rajin nak mengedit gambar kan.. potong ayam(bhgn dada atau peha) tu lagi nipis/kurus2 pun lg ok..gaulkan dgn serbuk lada hitam/putih dan garam sket(xnak pun xpe sb tepung kfc dh bergaram).
cara2 :-
1. gaul ayam dgn tepung goreng kfc/tepung goreng ayam
2. gaul dgn telor
3. gaul plak dgn serbuk roti
4. goreng dgn api kecil ~ panaskan minyak dulu

takde serbuk roti? xyah pening2 gaul je terus ayam dengan telor dan salut dgn tepung kfc..tp kalau ade cornflakes/biskut kering bolehla dikisar halus sebagai pengganti..cuma serbuk roti/cornflakes akan buat jejari lebih rangup dimakan!!

make sure selalu balik-balikkan ayam dlm kuali supaya tak hangit!!! hehehe

selamat mencuba jejari ayam!!!

choclate eclairs ~ cream puff



Mulut terasa nk makan cream puff..jumpa resipi cream puff tp bentuk eclairs..agak leceh jgk nak membuatnya..heheh
bahan2 pastry :-
70gm butter
150ml air
100 gm tepung gandum ~ ayak
2 biji telur grade b
cara2 :-
1. satukan butter dan air dalam periuk dan panaskn atas api hingga butter cair, separa mendidih
2. tutup api dan masukkan tepung gandum
3. kacau tepung sampai jd doh dan sejukkan
4. setelah doh sejuk, masukkan 2 biji telor
5. putar/kacau sampai adunan licin
6. masukkan adunan dlm piping bag, potong hujung dlm 1/2inci
7.  pipe bentuk eclairs atas dulang pembakar yg dh dialas dgn parchment paper/gris dgn butter
8. boleh juga guna nozel bintang
9. nozel bintang boleh buat bentuk mcm puff biasa
bakar pada suhu 180cel dlm 25-30min ~ panaskan dulu oven yaaa..
sejukkan eclairs sebelum letak intinya..

bahan inti cream :-
2 biji telor
4-5 sb gula halus
2 sb tpg kastad
300ml fresh milk
1/4 vanilla essence
cara2 :-
10. satukan telor dan gula
11. putar hingga kembang
12. masukkan tepung kastad dan kacau rata
13. sementara itu, panaskan susu dlm periuk ~ jgn mendidih. masukkan susu panas ke dalam adunan telor dan tepung td, kacau rata
14. kemudian masukkan adunan cream ke dlm periuk, masak atas api hingga pekat dan masukkan esen vanilla. sejukkan dan simpan dlm peti sejuk.

chocolate glaze :-
cairkan coklat masakan secara double boil..

setelah eclairs sejuk, bolehlah di belah tengah dan sapukan krim kastad td..pipekan/sudukn coklat cair di atas eclairs..siap untuk dingap!!!! simpan dlm peti sejuk kalau tak abes ngap!! hehehe
lagi satu bentuk biasa krim puff tu, belah tengah sapukan  je coklat dan kastad krim.. xpayah nk hias2 hehehe..

p/s: bagi saya elok buat krim kastad dulu, masuk peti ais baru buat puff dan coklat cair..
selamat berperang kat dapur kalau nk mkn elairsss!!!

Mar 11, 2012

Mini Pizza zig zag ~ step by step

Hi uollsss... jumpa lg kite pagi2 ni di blog..
percubaan ptg smlm buat piza mini(tak letak cheese) dan pg ni buat lagi tp letak cheese..hehehe..disebabkan tak reti nak buat roti,, jd sy guna instant roti paratha brand kawan(brand lain tak digalakkan)..huhu 

bahan2 lain :-
 sosej, mix vege, cheese, cili sos dan mayones
caranya : 
1. gulung sosej dlm instant roti paratha
2. potong bahagian hujung yang lebih
3. belah sosej kpd 8 bhgn.. tapi jangan putus bhgn puff yang bawah(sy potong dua bhgn, pastu belah lg tu yg dpt kecik mcm pic kat atas tu)
4. tolak kiri dan kanan, sapu kuning telur
5. letak mix vege
6. letak mayones,sos cili dan kepingan keju
bakar sehingga masak..sy guna 180cel, dlm 30min, api atas bwh. panaskan oven dulu ye dlm 10min..
.p/s :- kalau rase susah dan leceh potong sosej tu..just hias atas instant pratha yg bulat tu dgn bahan2 yang korang suka, then bakar je..hehehe..tp mesti korang ckp baik beli roti piza yg frozen tu kan..bezanya ialah yg instant paratha ni rase die sgt rangup dan nipis...:)
sy suka letak mayones dan sos cili banyak2..hehe sodap!!

jumlah kalori untuk satu hidangan ni dalam 360 kal..
selamat mencuba yaa!!!

Mar 9, 2012

Cheesy Wedges ~ ala kfc




Morning uollsss... pagi2 dah berblog kan..hehe..arini cuti rehat..pagi2 gak en hubby dh buat kn bekfes mi goreng mamak dan sy buat milo.
Nak update blog kali ni untuk resipi cheesy wedges yg mcm kat kfc tuuu..senang je nak buat..sy dah cuba mlm tadi.. jom tengok resipi :-
frozen wedges ~ goreng
beberapa keping keju cheddar ~ sy guna 3 keping(4 or lebih kalau nk masin)
1 tblsp tepung gandum
1 cup susu segar
3 tblsp plain yogurt
sedikit serbuk lada hitam
sedikit mentega
cara-cara :-
sy guna non stick pan. panaskan mentega hingga cair.
masukkan susu segar, kacau perlahan2.
masukkan yogurt, tepung gandum, kacau sebati
masukkan keju sekeping2.
kacau hingga pekat.
kalau ikutkan kaler die memang tak kuning mcm kat kfc tu..mungkin sebab keju yg sy gunakan..jd sy letak sedikit pewarna peach..tu yg dpt kaler ala kfc tu...huhuhu..
siap!!boleh la letak atas wedges yg dah digoreng td..hias bersama mayones dan mkn dgn sos pun sodap..
kalori mkn bersama wedges dlm 310 kal...
selamat mencuba!!!!

Mar 5, 2012

Strawberry Smoothie


Malam-malam yg dingin ni teringin plak minum smoothie..huhu teringat ade buah stroberi dlm freezer..so ape lg jom tgk resipi :

1 cawan susu segar rendah lemak
  4 biji strawberry di potong
3 scoop ais krim biasa berperisa strawberry/vanila pun ok
1/2 cawan plain yougurt
susu pekat/gula ~ ikut selera manis
  ketul ais

Cara-caranya:
Masukkan kesemua bahan ke dlm blender dan kisar hingga ais hancur.

Kalori ~ 190-200 kal

Cube la..sedap tau..