Feb 27, 2012

Triffle

Saye buat puding triffle aritu.baru teringat nak post kat blog...so bahan-bahanya:
Kastad
-    1 mug size biase tepung kastad
-    ¾ mug gula
-    1 tin susu cair
-    3 cawan air
-    Campur dan kacau semua bahan smpi sebati dalam periuk kemudian baru masak atas api sehingga masak/pekat/berkilat/tak melekat

Crystal jeli
-    1 kotak jeli nona perisa stoberi/ikut suka- ->ape brand pun xpe
-    Masak Ikut arahan kotak

Kek gulung, 1 tin buah campur/peach(buang air)
1.Kek gulung dipotong dan susun dalam bekas.(lapisan bawah)
2.masak kastad tadi dan curah atas kek. Penting - Mesti Tunggu hingga kastad beku/sejuk.
3.lepas kastad dh sejuk..baru susun buah atas kastad.(lapisan tengah)
4.Masak jeli tadi dan curah atas buah.masuk peti ais…(lapisan atas)-->gambar kat atas tu belom letak jeli ye..huhu

Feb 19, 2012

Makaroni Goreng~updated


tetiba entry ni hilang..huhu tak tau nape jd gitu..kebetulan smlm masak makaroni goreng lg.. sedapnya tak puas mkn..resipinya :-
1 paket kecil makaroni - rebus smpi lembut, toskan dan siram air sejuk
ayam/daging cincang halus
sedikit cili boh
brokoli, cendawan butang(dlm tin) dan daun bwg (xnk sayur pun ok)
bwg putih dan bwg besar di potong dadu
1-2 biji tomato di potong dadu
sos cili, sos tiram dan sos spegeti(kalau xde xpe) ~ lebih kurang 1-2 sudu sos
serbuk lada hitam/putih dan sedikit garam
sedikit air
cara2nya:-
tumis bwg putih, bwg besar sampi naik bau, masukkan cili boh
kemudian masukkan daging/ayam dan tomato, masukkan sedikit air, tunggu hingga daging masak,
masukkan semua jenis sos dan serbuk lada
masukkan makaroni, brokoli, cendawan dan daun bawang
masukkan juga sedikit garam
kacau rata..siap untuk dimakan!!!
sos spegeti akan buat makaroni bertambah sedap, kalau xde ganti dgn sos tomato..
selamat mencuba..

Feb 18, 2012

Paprik...

Tekak teringin mkn lauk masak paprik.. hehe pelik sebab saya memang jarang nk makan benda2 mcm tom yam, paprik tau seangakatan dgn makanan thai..huhu time lunch td, terhasil lah masakan paprik ayam hasil dari resipi chef google!!
 makan bersama nasik dan sayur kegemaran ~ mmg akan selalu msk brokoli selagi tak jemu...
 mcm ni lah rupa paprik ayam. less vegi..huhu..rupe sebenar mcmn agaknye..hehe

Feb 12, 2012

Ayam Blackpaper ~ lunch ~


Lunch sorang2..dgn rajinnya saya memasak ayam lada hitam dan brokoli wt telor tauhu..nyum2  kenyangnyaa arini..lepas penat siapkn order dari jiran, apam polkadot perut menjerit2 mintak isi..huhu

Feb 5, 2012

Ayam Masak Kunyit

Salam cuti yg panjang kawan2 blogger... masak ape tghr tadi?

saya masak ayam masak kunyit je.. teringat ayam kunyit kat gerai tepi jln dbp.. nk pegi bukak masa hari kerja je..ayam kunyit die memg sgt best!! tak kering.. setakat ni xpernah lg jupe ayam kunyit yg serupa dgn gerai tu..


so bahan-bahannya...ayam dipotong kecil dan gaul dgn kunyit(letak lebih sket), cili burung ditumbuk kasar, bwg besar dihiris, halia dn bwg putih diketuk, sedikit sos tiram, cuka, asam jawa, garam dan perasa.

mula-mula panaskan myk, tumis ayam hingga msk, dlm kuali yg sama, ketepikan ayam, tumis bwg,halia,cili smpi wangi...masukkan sos tiram, cuka, asam jawa dan air(nk ayam kunyit basah).kacau rata dgn ayam..masukkn sedkit garam dan perasa...siap!!! mudahkan.boleh la dihias dgn salad/timun..dan rasanya? setanding gerai itu...huhuhu

Kesan Memperingati Maulid untuk Orang Kafir

Salam Maulidur Rasul s.a.w kpd rakan2 blogger semua...

Berikut Adalah Antara Dalil daripada Al-Quran dan Sunnah yang Mengatakan bahawa Menyambut Hari Kelahiran (s.a.w) adalah diterima oleh Shariaah :

Apabila seseorang yang tidak beriman, bersama-sama menyatakan kegembiraan dan menyambut Maulidurrasul (s.a.w), atas rahmat dan kemurahan Allah, orang itu akan dapat manfaatnya. Perkara ini ada dinyatakan didalam sahih Bukhari. Bukhari meriwayatkan bahawa setiap Isnin, Abu Lahab akan dihentikan siksaan kubur yang diterimanya kerana beliau telah membebaskan hambanya, Thuwayba yang telah mengkhabarkannya kelahiran anak saudaranya, Nabi Muhammad (s.a.w).
Hadith ini terkandung didalam kitab Nikah oleh Bukhari dan Ibnu Kathir pula membicarakannya didalam kitab-kitabnya Sirat al-Nabi Jilid 1: ms 124, Mawlid al-Nabi ms 21 dan al-Bidaya ms.272-273. Seorang hafiz (hafal al-Quran), Shamsuddin Muhammad ibn Nasiruddin ad-Dimashqi telah menulis didalam kitabnya Mawrid as-sadi fi Mawlid al-Hadi : "Jika seorang kafir yang memang dijanjikan tempatnya di neraka dan kekal didalamnya" "hancur tangan-tangannya"; (surat 111) diizinkan untuk direhatkan daripada siksa kubur setiap hari Isnin kerana bergembira dengan kelahiran Ahmad, inikan pula hamba yang seluruh hidupnya bergembira dan bersyukur dengan kehadiran Ahmad dan meninggal dengan menyebut "Ahad"? - [tentu lebih lagi ganjarannya - penterjemah]

Feb 3, 2012

Sweetlittlecuppy ~ NEW BLOG

 
Hi blogger2 yg budiman..huhu..ni blog terbaru saya..sila lah jenguk..thanx ya!!


Yogurt Buah


Hi kawan-kawan blogger... konon2 nak diet..jd mkn mlm td ialah yogurt campur buah2an..huhu..terbeli yogurt kosong..punya la masam..tp mkn je sb dah buat kan..hehe