Mar 18, 2012

spaghetti bolognese


lunch spageti plak kali ni.. dimakan dgn chicken finger sedapnya..habis sepinggan!!
bahan2 :-
setengah paket spageti direbus sampai lembut, toskan dan siram air sejuk
bwg putih, bwg besar, 1-2 biji tomato dipotong dadu
serbuk lada hitam/putih
daging kisar dan chicken ball
1/2 botol sos spageti, 2 sb sos tomato dan 2 sb sos cili
1/4 kiub pati ayam
sedikit garam
cara2:-
tumis bawang jgn sampai layu.
masukkan daging, kacau rata
masukkan tomato, semua jenis sos dan serbuk lada, kacau rata
masukkan air dalam 2 cawan, tunggu hingga mendidih
masukkan chicken ball, garam dan kiub ayam..
masak kuah hingga pekat..boleh tambah air jika mahu kuah cair
hidang kan dgn spegeti dan hirisan chicken finger...nyum nyum 
dah habis sepinggan, minum plak tiramisu ice blended!! heaven :)

tiramisu ice blended :-
3 sudu serbuk tiramisu(ade jual kat kedai bakeri or supermaket)
sedikit gula
1 cawan ais dan 1/2 cawan air masak
kisar semua bahan..sedia dihidangkan..sgt segar!!
dapat dlm 1 glass besar..

No comments: