Mar 25, 2012

Morning Banana Diet



Diet Pisang adalah satu diet yang amat popular di Jepun sekitar tahun 2008, pernah juga berlaku kehabisan bekalan pisang di Jepun pada ketika itu. hahaha...
Berikut adalah peraturan diet pisang :- 
 1.
Anda bersarapan pagi dgn 1 atau 2 biji pisang, pencipta Banana Diet ini sering memakan empat (smallish Filipina~pisang emas) pisang pada waktu pagi, tetapi jgn paksa diri untuk makan byk yeee.
 2.
Makan pisang yang mentah sj..bukan yg sudah dimasak~rebus/goreng atau beku.
 3.
Boleh digantikan dgn buah-buahan lain tetapi hanya 1 jenis buah shj dibenarkan bg setiap hidangan.
 4.
Jika anda masih lapar  dalam 15 atau 30 minit selepas makan pisang, anda boleh makan makanan lain (pencipta Diet Jepun Pisang kadang-kadang makan 2 nasik kepul setengah jam kemudian, kira-kira 200 kalori; ahli forum Banana Diet mencadangkan oatmeal, walaupun ia bukan pengganti kepada nasik kepul)
5.
Hanya AIR MASAK bersuhu  bilik sahaja dibenarkan ketika mengikuti Banana Diet ini..huhu ~ mampukah?
6.
Seterusnya  makan tengahari dan malam seperti biasa.
7.
Makan Malam sebelum pukul 8 malam seeloknya pukul 6 petang
8.
Tidur Awal, jangan tidur lewat selepas pukul 12tghmalam

 Cuba catatkan berat anda sebelum mengikuti Banana Diet ini..

untuk tahu lebih lanjut sila ke http://morningbanana.com

TAPI.. ade juga yang mengatakan Banana diet ini tak elok, sila lihat ni http://morningbananadiet.org/
huhuhu...tepuk dada tanya selera!!!

Mini murtabak



Morning frenszzz..!! pagi2 dah makan murtabak..nyum nyum abes 3ketul ku telan sorang2..hehehe
tapi bukan 3 ketul yg besar tu ye..yg mini2 jekk...
ptg smlm dah buat pisang goreng guna kulit popiah..byk lagi lebihan kulit tu.. jd buat lah murtabak ni..jom tgk resipi!!

bahan2 inti :-
daging cincang
kentang dipotong dadu
sedikit bwg putih dan bwg besar dipotong dadu
daun kari ~ xnak pun xpe
2 sb serbuk kari
1 sb cili boh
1 biji telor

cara2 :- ~ inti lebih kurang sama dgn inti karipap
tumis bawang dan daun kari hingga naik bau..
masukkan cili dan serbuk kari
tumis hingga naik bau jgk..
kemudian masukkan daging dan kentang
masukkan sedikit air..masak hingga kentang empuk dan air kering..jgn lupa letak garam/gula dan sedikit kiub ayam ye ~ xnak xpe...
sejukkan inti...
sy buat 3ketul je..ade lg lebihan inti simpan peti ais...

pecahkan sebiji telur, gaulkan inti dengan telur td..~ boleh tambah hirisan daun sup/bawang jika suka

sediakan kulit popiah dan semangkuk air ~ sy guna kulit yg size kecil , celup kejap dlm air td ~ asalkan basah je...

letak kulit atas pinggan leper, letak dalam 1-2 sb inti yang dah digaul dgn telur..taburkan hirisan bawang jika suka..
lipat popiah mcm dlm gambar kat atas tu..boleh gam dgn telur or bancuhan pes tepung + air..
sambil buat tu..panaskan sedikit je minyak ~ mcm nk goreng lempeng..dah siap buat satu..terus masukkan murtabak dlm kuali..
sila buat dgn cepat ye..nt kulit koyak sb inti & kulit basah!!
masak dgn balik-balikan tau..jgn smpai hangit plak..hehehe

mkn cicah sos cili lagi mudah..tp kalau nk pencicah sebijik mcm kat pasar malam/ramadhan boleh la buat yeee..

kuah bawang merah :-
1/2 biji bawang besar
1 sudu kecil sirap ros ~ sy tak letak pun..hehe letak red color je sket
2 sudu besar sos cili ~ sy tak letak
2 sudu besar cuka
1 sudu kecil gula + garam sket

gaulkan semuanya..tambah air masak sket kalau kering sgt...

selamat mencuba!!!!

Mar 24, 2012

pisang goreng thai ~ pisang goreng popiah




 Minum petang dengan pisang goreng thai.. sgt mudah, sedap!! tak payah pening nak bancuh tepung..
kulit popiah yang sgt rangup dan isi yang lembut dan masam manis di dalam.. 
dan yg paling penting bahan2 nya pun mudah!!

bahan2:-
pisang berangan ~ yg betul2 masak yeee
kulit popiah
choc rice/nutella/peanut butter
bancuhan air dan tepung gandum untuk gam
white/dark choc cair/susu pekat manis/sos kastad

cara2:-
sediakan kulit popiah
belah pisang dan letak choc rice/nutella/peanut butter ditengah2 pisang
gulung popiah ketat  ~ jgn sampai terkoyak
gam dgn bancuhan tepung tadi
goreng dgn api yg kecil sehingga kekuningan ~ panaskan minyak dulu yeee..
boleh la dihidangkan dgn white/dark choc cair/susu pekat manis/sos kastad..tabur gula halus je pun bolehhh!! mkn dgn askrim vanilla pun sedap...
juga enak dimakan begitu saja...
ps: kalau lebih suka dengan kulit popiah yg rangup, boleh la kurangkan kuantiti pisang dgn potong pisang lebih nipis..

selamat mencuba!!!

Mar 18, 2012

spaghetti bolognese


lunch spageti plak kali ni.. dimakan dgn chicken finger sedapnya..habis sepinggan!!
bahan2 :-
setengah paket spageti direbus sampai lembut, toskan dan siram air sejuk
bwg putih, bwg besar, 1-2 biji tomato dipotong dadu
serbuk lada hitam/putih
daging kisar dan chicken ball
1/2 botol sos spageti, 2 sb sos tomato dan 2 sb sos cili
1/4 kiub pati ayam
sedikit garam
cara2:-
tumis bawang jgn sampai layu.
masukkan daging, kacau rata
masukkan tomato, semua jenis sos dan serbuk lada, kacau rata
masukkan air dalam 2 cawan, tunggu hingga mendidih
masukkan chicken ball, garam dan kiub ayam..
masak kuah hingga pekat..boleh tambah air jika mahu kuah cair
hidang kan dgn spegeti dan hirisan chicken finger...nyum nyum 
dah habis sepinggan, minum plak tiramisu ice blended!! heaven :)

tiramisu ice blended :-
3 sudu serbuk tiramisu(ade jual kat kedai bakeri or supermaket)
sedikit gula
1 cawan ais dan 1/2 cawan air masak
kisar semua bahan..sedia dihidangkan..sgt segar!!
dapat dlm 1 glass besar..