Jan 5, 2009

SMS scam


tengah bosan2 ni.. tetiba aku teringat yg last week aku penah dpt 2 sms yg bengong n membuatkan aku berangan.. hikhik..
sms 1
"Shell Promosi".Anda di pilih dari Office SHELL tlh Berjaya Meraih Cabutan Hadiah "RM 17,000.00". Sila dail di Talian 01x xxxxxxx.
Terima kasih.

sms 2
maklumat dari Minyak SHELL Mls.Tahniah.SimCad anda tlh berjaya dalam cabutan bertuah RM20000.Sila dail 006xxxxxxxx

Tengah2 tandus ni dpt lak sms scam camtu.. hahah korang penah dpt tak??

Jan 4, 2009

Bosan


weekend yg bosan.. tahun baru dimulakan dgn sesuatu yg membosan kan.. arghhhh duk umh tanpa kengkawan. tp diisi dgn tgk tv sepanjang masa + tido + makan
Tertonton satu movie omputih.. tajuk aku tak sure tp cerita spider yg menyerang satu bandar kecil kat negeri omputih tu.. dahsyat gak.. spider ni mulanya kecik je, tp disebabkan ada org yg tak bertanggungjwb buang sisa toxic kat lombong tmpt spider tu tinggal.. then spider tu pun termkn toxic.. bila dah mkn apa lagi spider tu pun membesar bagai johan.. yg musykil nye aku, betul ke benda2 toxic tu bole buat spider or benda idup lain membesar??? or tu hanya cerita dongeng semata.. aku nk buat research maleh.. huahahhahah

Jan 2, 2009

Love Story




Aku dah lama tak post.. masak pun dah lama tak masak.. layan lagu skang ni.al maklum aku tgh dibius cinta n rindu yg teramat sgt.biarla apa org nak ckp.fuhhhhh. aku suka lagu ni..Kan best kalau hidup penuh kebahagian!!
Antara petikan lagu nii ...
Romeo take me somewhere, we can be alone
I’ll be waiting, all there’s left to do is run
You’ll be the prince and I’ll be the princess,
It’s a love story, baby, just say yes

Eh lupe lak.. Hepi Nw Year 2009 & Maal Hijrah 1430!! Semoga Di murahkan rezeki,kebahagian dan keamanan.

Nov 28, 2008

Pernah Makan nasi Pakapau?

hahaha.. aku pun first time mkn nasik tu ari senin lepas kat sek 17 pj.. sedap gak. esok nya aku teringin lagi nk mkn... lepas tu aku survey kat tenet resipi dia.. lepas keja time ujan lebat aku redah je gi tesco beli bahan2 nya.. huahaha mcm org mengidam lak aku ni.. sapa2 yg tak penah mkn tu dia ala2 nasi paprik.ada nasi putih,daging hancur,telur mata,ulam2 n sambal belacan..terangkat wooo! ni aku bg resipi dia..
  • nasi putih (masak sendiri),telur mata pun sama,sambal belacan takde pun tak pe n ulam timun
  • daging cincang (ramly burger)
  • daun selasih (ni yg buat rasa dia lain)
  • bwg putih
  • kcg pjg (potong kecik tak nk pun tak pa)
  • cili api ijau tu (potong kecik)
  • sos tiram
  • kicap manis
  • garam sket,gula sket
cara2 nya:
  • tumis bwg putih, pastu masukan cili. pastu masukan daging. tugu sampi daging masak. masukan daun selasih n kcg pjg, masukan sos tiram n kicap(siket je).. masukkan grm gula dan rasa la.... hehhe pastu leh mkn.. kalau tak de daun selasih bukan pakapau namanya nt jadi masak kicap!!!!